Khamis, 23 Oktober 2014

SINOPSIS CORETAN KASIH BUATMU

                Orang kata cinta itu ibarat api. Api yang kita sendiri tidak mungkin tahu sama ada ia akan menghangatkan atau membakar diri. Namun, kata-kata ini tidak langsung menakutkan Afiqah untuk berjuang mencoretkan kisah cintanya bersama Fikri. Baginya, biarlah cinta ini bakal membakar dirimya sekalipun, asalkan itu ialah cinta, dia sanggup.

                Afiqah tidaklah cantik, namun budi pekertinya yang elok menambahkan keayuan pada dirinya. Afiqah seorang wanita yang baik hati, peramah dan rajin. Dalam dunia serba moden sekarang ,wanita seperti Afiqah memang sukar dicari. Jadi, tidak hairanlah ramai jejaka yang terpikat pada Afiqah, bukan kerana kecantikannya tetapi kerana personaliti dirinya. Dan Fikri ialah salah seorang jejaka yang terpaut hatinya pada Afiqah.

                Perasaan cinta mereka yang semakin berputik menjadikan cinta mereka bersemi. Kisah cinta yang indah mula dicoret bersama. Namun, yang indah itu tidak mungkin kekal selamanya. Kadang-kala pasti akan datang ombak memukul seketika. Saat-saat Afiqah melalui ujian-ujian yang berat, Fikri mula beralih hati. Perasaan cintanya buat Afiqah semakin pudar.  Bila ini terjadi, biasalah, asalkan nama lelaki, main kayu tiga.

                Pertemuan Afiqah dan Fikri dalam keadaan yang tidak diduga, telah menghancurkan hati seorang insan yang bergelar wanita. Hati siapa yang tidak remuk, hancur berkecai, setelah melihat kekasih hati menduakan dirinya?  Cinta yang dibina mereka kini sudah runtuh.

                Perjalanan cinta yang jauh dan indah, namun diakhiri dengan perpisahan.Setelah sekian lama berpisah,  kini, mereka ditemukan kembali dengan keadaan yang sangat mengejutkan. Fikri tidak lagi seperti dulu. Lelaki yang dikategorikan sebagai sempurna kini telah hilang kesempurnaanya. Melihat keadaannya sebegitu, Afiqah semestinya berasa sedih. Cinta Afiqah buat Fikri masih belum terpadam.

                “Afiqah, saya minta maaf. Tolong maafkan saya.” ~Fikri

                “Maaf? Senangnya sebut perkataan maaf. Hati aku ni boleh ke terubat dengan ungkapan maaf?” ~Afiqah

                “Afiqah, saya tahu saya memang bersalah terhadap awak. Tapi saya dah terima pembalasannya. Lihatlah diri saya ni, saya tak ada apa-apa lagi.” ~Fikri

                “Diam! Aku tak nak dengar apa-apa pun dari kau. Sekali hati aku hancur, sampai mati takkan boleh diubat. Jangan jumpa aku lagi mulai sekarang.” ~Afiqah

                Jika dendam masih tersimpan dalam diri Afiqah, mampukah Fikri untuk memadamnya? Mampukah Fikri membayar kembali segala kesilapannya terhadap Afiqah? Bolehkah istana cinta mereka berdiri teguh kembali?


#Nantikan kemunculan bab 1 novel ini. Tunggu tau! Kepada reader setia saya, (hahahahah) jangan tanya lagi mana koleksi novel saya yang lama ye. Saya dah delete blog lama dan semua novel yang tersimpan dalam komputer dah tak boleh retrieve. Dah tua dah, sorry ye.

#Tahukah anda handphone anda ada potensi untuk meletup? Awas! Ini bukan kes biasa lagi. Sudah banyak kes berkaitan hal ini dilaporkan. Ingin tahu sebab2 Phone meletup dan cara atasinya? Jangan malu, Klik Sini.

2 ulasan:

  1. The post is very informative. It is a pleasure reading it. I have also bookmarked you for checking out new posts.
    Sarajevo Poljine

    BalasPadam
  2. Today, I visit your website and after reading your blog i realize that it is very informative. I'm highly impressed to see the comprehensive resources being offered by your site.
    pediatric dentist in india

    BalasPadam